lelaki sejati

lelaki sejati
pemain bola sepak

~kalau baik klik ar!~

Thursday, 22 March 2012

Hantu Lif Bangunan KLCC

   Aku seorang pekerja di bangunan KLCC. Pada satu malam, Aku keluar dari pejabatku untuk pulang ke rumah. Aku menekan butang lif, kemudian lif pun terbuka. Tiada sesiapa didalam lif itu kecuali aku. Aku menekan butang "G" untuk pergi ke bawah. Keadaan di dalam lif sejuk. Lif sepatutnya turun ke bawah tetapi lif naik ke atas hingga ke tingkat 35. Sampai ditingkat 35 pintu lif terbuka. Seorang wanita cantik muncul dihadapan pintu lif, kemudian wanita itu masuk ke dalam lif. Keadaan didalam lif sunyi sepi kerana kami malu untuk bertegur sapa. Tiba-tiba keadaan menjadi gelap. Satu bunyi pelik kedengaran di dalam lif. Selepas itu keluar bau yang sangat busuk. Selepas Itu cahaya kembali ada semula. Aku melihat kearah wanita itu. Wajah wanita itu menjadi pucat. Tiba-tiba wanita itu berkata " Maafkan saya, saya terkentut tadi..." Aku dan wanita itu berasa malu. Aku pulang ke rumah dengan selamat...-TAMAT-

No comments:

Post a Comment